Penempahan PAP
Penempahan adalah percuma bagi aktiviti kelab dibawah FST. Bagi penempahan aktiviti bukan dibawah FST, bayaran sebanyak 50% akan dikenakan bagi aktiviti yang melibatkan pelajar FST dan 100% bagi aktiviti yang tidak melibatkan pelajar FST.
- Pelajar yang ingin membuat penempahan Pusat Aktiviti Pelajar- FST perlulah merujuk kalendar yang disediakan di bawah bagi memastikan tidak berlaku penindihan dalam penempahan.
- Selepas pastikan tiada sebarang penempahan lain pada tarikh yang diingini, pelajar dikehendaki mengisi Google Form dibawah.
- Penempahan Bilik PMFST hanya boleh dilakukan jika mesyuarat dihadiri wakil MT atau Eksekutif PMFST.
- Jika penempahan anda diterima, tempahan tersebut akan disenaraikan di kalendar yang terdapat dibawah.
- Pelajar berhak untuk mengosongkan ruang yang ditempah jika terdapat pelajar lain.
- Pelajar yang membuat penempahan serta pelajar yang terlibat dalam penempahan Pusat Aktiviti Pelajar (PAP-FST) akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga kebersihan dan sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang masa penggunaan.
- Jika berlaku sebarang masalah dan kerosakan di dalam Pusat Aktiviti Pelajar, pelajar yang membuat penempahan perlu menghubungi Eksekutif Kebajikan & Prasarana PMFST dengan segera.
- Pastikan susunan kemudahan yang disediakan kembali kepada bentuk asal selepas waktu penggunaan dan pastikan suis dimatikan untuk menjimatkan penggunaan elektrik.
- Penempahan pelajar akan dibatalkan jika terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.
- Pihak kebajikan dan prasarana berhak untuk membatalkan penempahan anda jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan.